Kami Memperkasa Agenda Perkhidmatan Kaunseling Secara Menyeluruh Bagi Memperluas Aksesibiliti Masyarakat Terhadap Perkhidmatan Kaunseling
Senarai Program Yang DiperakukanPerutusan Presiden
Assalamulaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, masih
diberi ruang dan peluang oleh Allah S.W.T. untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat dan negara kita
yang tercinta. Warga kaunselor sekalian, kita berhadapan dengan cabaran yang memerlukan kita berfikir dan
bertindak secara lebih efesien dan efektif dalam membantu masyarakat melalui perkhidmatan kaunseling yang
kita berikan. Saya memohon semua kaunselor berdaftar untuk sama-sama berganding-bahu dan bekerjasama dalam
usaha memartabatkan profesion kaunseling dalam negara kita seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik
kepada masyarakat.
Sebagai seorang kaunselor berdaftar, kita perlu sama-sama bertanggungjawab kepada profesion dan
profesionalisme kita. Marilah kita sama-sama mengutamakan peranan memperkasa perkhidmatan kaunseling dan
seterusnya mengangkat darjat dan memartabatkan profesion kita.
Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting terutamanya
dalam situasi masyarakat kini yang berhadapan dengan pelbagai tekanan kehidupan. Justeru itu, saya memohon
agar setiap kaunselor berdaftar sentiasa meningkatkan kemahiran melalui pelbagai aktiviti pembangunan
profesional bagi memastikan kompetensi dalam memberikan perkhidmatan kaunseling agar manfaat yang terbaik
diperolehi masyarakat hasil daripada perkhidmatan kaunseling yang kita berikan.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga ke atas sokongan berterusan yang tidak
berbelah-bagi daripada semua pihak untuk terus memartabatkan profesion kaunseling sebagai wadah penting
dalam membantu kesejahteraan masyarakat dan keharmonian negara kita yang tercinta.
Sekian, terima kasih.
PROFESOR DR. OTHMAN BIN DATO' HAJI MOHAMED
PRESIDEN
Lembaga Kaunselor Malaysia
Piagam Pelanggan
Misi dan Visi
Anggota Lembaga Kaunselor SESI 2023 - 2025
Carta Organisasi
PROGRAM YANG DIPERAKUKAN
Senarai Program Kaunseling Dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Yang Telah Diperakukan Penuh Lembaga Kaunselor
Institusi Awam | Kelayakan / Bidang |
---|---|
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
|
Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) |
Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling) |
Universiti Malaysia Sabah (UMS) |
Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling ( Psikologi Kaunseling) Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) |
Universiti Malaya (UM) |
Master of Profesional Counselling |
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) |
Sarjana Sains Kaunseling |
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) |
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) |
Sarjana Kaunseling |
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
|
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Master Kaunseling (Kaunseling Keluarga) |
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
Masters of Education in Counseling |
Universiti Sains Malaysia (USM) |
Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) |
Senarai Program Kaunseling Dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Yang Telah Diperakukan Penuh Lembaga Kaunselor
Institusi Swasta | Kelayakan / Bidang |
---|---|
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS) |
|
Open University Malaysia (OUM) |
|
HELP University |
|
MONASH University Malaysia |
|
Kolej Universiti Bestari (KUB) |
Master of Profesional Counselling |
Management and Science University (MSU) |
|
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) |
|
UNITAR International University |
Bachelor of Education (Guidance and Counselling) (Hons) Master of Education (Guidance and Counselling) |
Universiti Melaka (UNIMEL) |
|
Universiti Tunku Abdul Rahman Kampar Campus (UTAR) |
|
International Medical University (IMU) |
|
Kolej Universiti New Era |
|